Total Pageviews

Wednesday, December 14, 2011

Ya Allah...berat nya ujian ini..tabahkan hati ini melaluinya jk itu yg Kau ujiKu.... aku bermohon pdMu....

Sunday, December 11, 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh


~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.


Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang“.

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya“. ”Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang“, tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni“, rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

Awak menyesal pakai tudung labuh?“, aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya.Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?, saya terus menduga.

Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk“, perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan“, saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa? Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.

Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad’u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai’e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan.

Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita.”

Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa ‘menyergah’ kita dengan kuat.”

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

Habis, apa saya kena buat?“, tanyanya.

Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan.” jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, Terima kasih sahabat“.

Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga.” Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.


Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.


Monday, November 14, 2011

aku dilahirkan sbg wanita yg biasa...

tiada apa yg istimewa utk dibanggakan...

namun,

ku punya naluri utk menjadi wanita hebat...
wanita yg boleh menjadi penghuni syurga nnti....
insyaAllah....

walau akalku senipis belahan rambut..akn ku tebalkan ia dgn ilmu ....
impianku....
untuk melengkapkan diri dgn ilmu dan taqwa..
InsyaAllah....

Friday, October 14, 2011

salam pembuka bicara...lama tidak bersua dlm kalam wanita solehah... Sungguh diri ini teruji dan diuji dgn begitu hebat ujian...jk tanpa semangat yg kebal dlm diri..pasti tersungkur jauh...dgn berbekalkan doa pdMu Tuhan..aku masih berdiri dgn utuh walau diri kepenatan,keliru dan sedih.... tika kupalingkan wajah pd wajah ibu yg menahan sakit..tak mampu kuleraikan air mata didepanya..kupalingkan wajah mengaut kembali air mata yg sedang meluncur deras... bimbang kalau mak nmpak air mata ini..mak akn sedih..krn semangat dan kekuatan beliau hanya pd kami... sedangkan mak boleh menahan sakitnya.. mengapa aku tidak dpt menguatkan semangatku dan semangatnya..mak perlukan kami utk meneruskan kekuatannya melawan sakitnya... beliau tidak begitu menampakkan sakitnya..wlau kutahu mak x tido malam menahan sakit...apakan daya..tidak mahu melihat kami berduka..mak kuatkan semngatnya utk terus melawan derita penyakitnya...kanser....satu penyakit yg memang digeruni semua...itu ujian Allah buat mak n kami sekeluarga... Allah turunkan penyakit itu utk mematangkan kami..utk berusaha bersama emak melawan sakitnya...mak perlukan semangat agar beliau sembuh... aku x akn rebah...sedangkan emak masih boleh berdiri uth..insyaAllah Allah tetap bersama kami..amin...

Thursday, August 4, 2011

perjalanan seorang mujahidah..

bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah yg melimpahkan rezeki pd hambaMu ini... Ya Allah..terkadang diri ini alpa dengan nikmatMu pd hambaMu yg cukup hina ini..dan..terkadang...aku rasa begitu berat tatkal dugaan dan ujian terbeban ke atasku..namun,aku masih punya nilai seorang insan...aku x menyalahkan takdir..ku sentiasa berdoa memohon pdMu Tuhan..dan aku yakin akn jnjiMu itu pasti tanpa ada dusta...Kau Yg Satu..kau yg menciptakan sekalian isi dunia...mana mungkin ku menolak ujian yg Kau berikan pdku...ku tahu...tidak mungkin kau turunkan segala ujian jk aku tidak dpt menempuhinya...ujian..mengajar aku menjadi insan yg bersyukur,dugaan.... mengajar aku menjadi seorang yg tabah... Ya Allah..aku sedar..aku hanya seorang wanita cukup lemah utk mengharungi segala isi mehnah dunia...namun..aku berazam..utk menjadi insan yg begitu sabar dan tabah dlm menempuhnya..krn..ku tahu..Allah tidak akn mengsia2kan PengciptaanNya..justeru..aku perlu bersykur dan berusaha menjadi hambaMu yg bersyukur...tangisanku hanya utk menenangkan hatiku yg tersedak dgn ujian...namun..ia tidak pernah menggugat jiwa ini...Ya Allah,aku jg brdoa agar aku tidak terpesong dr jalanMu...sesungguhnya aku ingin jadi setabah sri kandi Rasullulah.....perjuangan menjadi makanan mereka....tika aku secebis cuma ujian..begitu hebat lg ujian sri kandi Rasullulah... Ya Allah..tika tika aku kecundang dan tertewas dgn ujianMu... taburkanlah benih2 kesabaran buatku.... Ya Allah..kurniakan aku sifat yg terpuji dalam meniti perjalanan seorang wanita...
Ya Allah..terkadang aku cemburu dgn kesukaan org lain,maka buangkan lah sifat iri hati dlm diriku ini...moga aku tenang dgn apa yg telah Kau berikan kpdku ....amin..

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan..

bismillahhirrahmanirrhim... kalam bermula...sudah sedia maklum..tidak berapa hari lg kt semua akn menyambut bulan Ramadhan yg ditunggu2 oleh org2 mukmin....bulan Ramadhanlah bulan utk kt kuat beribadat..krn..pada bulan inilah..syitan dibeleggu dan dirantai...hanya berpandukan iman manusia dpt beribadat.... pada kaum wanita sekalian..marilah kita sama2 merebut fadhilat pada bula Ramadhan yg mulia ini..penuhilah hari2 di bulan tersebut dgn amalan2 yg tidak mencemarkan hati...bagi yg bekerja...jom..kita hayati dgn bersungguh bulan ramadhan kali ini... alangkah elok... sebelum memulakan tugas..bukalah kalam yaasin...bacalah utk menjauhkan kt dr hati yg kotor... sambil2 bekerja tu..berzikirlah...dgn kalimah2 suci yg dpt membersihkan hati kt...sambil2 sembang kosong..baik diisi dgn perbincangan kelebihan dan fadhilat Ramadhan....waktu rehat..bacalah quran...demi menjadikan kt manusia yg tahu bersyukur akan nikmat Allah... bg kaum ibu...pulang dr kerja..perlu mempersiapkan bahan2 utk berbuka...elok kiranya para ibu memasak sendiri mkanan tersebut,krn,pahalanya cukup besar bila menyediakan makanan utk org berpuasa..lebih2 lagi pd suami dan anak2....so...jgnlah kedekut kudrat nk siapkan sendiri makanan utk suami dan ank2..he3..pahalanya cukup besar... walau kt penat mana sekali pun..cubalah utk memasak makanan berbuka utk keluarga kt...
setelah selesai semuanya .... pkat2lah p terawih....solat sunat terawih hanya ada setahun sekali...pakat2 rebutlah pahalanya...semoga ramadhan kali ini menjadi lebih barakah..amin.....

Friday, July 29, 2011

isteri solehah...cukup indah gelaran tersebut...mana mungkin seorang isteri tidak mahu merebut gelaran tersebut... cukup dilihat kisah isteri-isteri Rasulullah yg sifatnya cukup mulia disamping Rasulullah s.a.w...Lihatlah dan renunglah kisah Saidatina Khadijah ini,mampu menggetarkan jiwa sang wanita....

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan … darinyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijjah, istrinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

KESETIAAN YANG BERSEJARAH

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir terhadap diriku.
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.

KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:

Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Sesungguhnya..wanita itu indah tatkala menjadi syap perjuangan suaminya dalam menegakkan islam... syurga buat seorang isteri...ada pada suaminya..taat akan perintah suami,ikut segala suruhannya..maka syurga dijanjikan Allah... Bergetar jiwa suami tatkala isteri solehah mematuhi segala suruhannya dlm membentuk diri menjadi mukminah sejati....

Ya Allah... diri ini insaf tatkala melihat rentetan perjuangan sri kandi islam,Siti Khadijah...kurniakan diri ini sifat sepertimana seorang mujahidah sejati...amin..