akalku senipis belahan rambut...tebalkanlah akalku dengan keimanan dan keteguhan pd agamaMu Ya Allah..agama islam yg suci dan luhur ini..
Total Pageviews
Wednesday, December 14, 2011
Sunday, December 11, 2011
Harga Sehelai Tudung Labuh
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
“Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang“.
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
“Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya“. ”Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang“, tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
“Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni“, rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
“Awak menyesal pakai tudung labuh?“, aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. “Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?“, saya terus menduga.
“Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk“, perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
“Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan“, saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
“Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?“ Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
“Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad’u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai’e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan.“
“Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita.”
“Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa ‘menyergah’ kita dengan kuat.”
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
“Habis, apa saya kena buat?“, tanyanya.
“Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan.” jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, “Terima kasih sahabat“.
“Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga.” Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
Monday, November 14, 2011
tiada apa yg istimewa utk dibanggakan...
namun,
ku punya naluri utk menjadi wanita hebat...
wanita yg boleh menjadi penghuni syurga nnti....
insyaAllah....
walau akalku senipis belahan rambut..akn ku tebalkan ia dgn ilmu ....
impianku....
untuk melengkapkan diri dgn ilmu dan taqwa..
InsyaAllah....
Friday, October 14, 2011
Thursday, August 4, 2011
perjalanan seorang mujahidah..
Ya Allah..terkadang aku cemburu dgn kesukaan org lain,maka buangkan lah sifat iri hati dlm diriku ini...moga aku tenang dgn apa yg telah Kau berikan kpdku ....amin..
Saturday, July 30, 2011
Ramadhan..
setelah selesai semuanya .... pkat2lah p terawih....solat sunat terawih hanya ada setahun sekali...pakat2 rebutlah pahalanya...semoga ramadhan kali ini menjadi lebih barakah..amin.....
Friday, July 29, 2011
“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan … darinyalah aku mendapatkan keturunan.”
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijjah, istrinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
KESETIAAN YANG BERSEJARAH
Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir terhadap diriku.
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.
Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?
Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.
KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN
Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.
Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.
Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)
Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
Sesungguhnya..wanita itu indah tatkala menjadi syap perjuangan suaminya dalam menegakkan islam... syurga buat seorang isteri...ada pada suaminya..taat akan perintah suami,ikut segala suruhannya..maka syurga dijanjikan Allah... Bergetar jiwa suami tatkala isteri solehah mematuhi segala suruhannya dlm membentuk diri menjadi mukminah sejati....
Ya Allah... diri ini insaf tatkala melihat rentetan perjuangan sri kandi islam,Siti Khadijah...kurniakan diri ini sifat sepertimana seorang mujahidah sejati...amin..
bersyukur tika diri ini dilahirkan sbgai seorang perempuan, tersentuh hati ibu tatkala menrima puteri tunggal dalam keluarga... alhamdulillah... syukur nikmat diri ini dijadikan seorang wanita... mula langkah diri ini dgn kalimat quran yg cukup indah... dikhatamkan al-quran ketika masih dibangku sekolah rendah..syukur padaMu Ya Tuhan.. diri ini sedar...bnyak perlu ku tahu kelebihan seorang wanita... antara kelebihannya adalah:
1-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8-Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9-Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10-Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12-Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16-Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18-Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19-Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
Thursday, July 28, 2011
doaku dalam perjalanan menjadi wanita solehah bidadari syurga..
salam..dengan kalimah bismillahhirrahmanirrahim...ku mulakan kalam di pagi jumaat yg penuh barakah ini... terfikir sejenak betapa diri ini begitu hanyut dlm mengejar duniawi... sehingga diri sentiasa leka..bahawa diri ini diciptakan TuhanNya utk menjadi seorang mujahidah sejati.. wanita solehah...yg mampu menggoncang dunia..menggetarkan jiwa bila didekati...namun..diri ini mengakui..masih lemah dan cetek dengan iman... mana mungkin diri ini dpt menandingi sifat srikandi Rasulullah s.a.w,krn..diri ini cukup kerdil dgn ilmu...
Ya Allah...
kenapa diri ini begitu terpesona dgn pujukan dunia yg kesukaannya hanya sementara?
kenapa diri ini tidak sedar,bahawa diri ini hanya penumpang di bumiMu...
kenapa diri ini tidak bersyukur dgn RahmatMu...
Ya Allah..
janganlah palingkan diri ini kearah kemungkuran,
janganlah balikkan hati ini kearah kekufuran..
sesungguhnya..
aku takut ku tersasar Ya Allah..
krn ku lahir dari sifat yg cukup lemah..
Ya Allah..
ku memohon padaMu..
jadikanlah aku ank yg solehah,
penyejuk mata dan hati ibu ayahku..
rasa tenang bila menjagaku...
dapat berbakti pada mereka...
Ya Allah..
jadikan juga aku adik dan kakak yang senang bila bersama saudaraku,
tiada permusuhan dalam saudaraku sendiri,
sentiasa suka akn perlakuanku...
Ya Allah,
kurniakan daku pendamping untuk jalanMu,
tetapkan aku dan dia dalam iman dan islam,
sesungguhnya,
jadikanlah aku serikandi dalam perjuangannya,
demi menegakkan agamaMu...
sejukkanlah hatinya bila melihat diriku nanti..
krn ingin kuraih cinta seorang mujahid yg dapat membela diri yg datangnya dari tulang rusuk seorang lelaki..
limpahkanlah kami dgn cinta yg suci yg tidak tercemar angkara keseronokan dunia,
diriku..hanya wanita lemah,
jika diriku dibimbing dgn elok,maka eloklah aku,
jk diriku dipimpin dgn jalan yg bengkok,maka bengkoklah aku...
Ya Allah..
aku inginkan Mujahid yg dpt meluruskan jalanku..
krn..ku sedar tipisnya nilai iman dlm diri ini..
Ya Allah..
tolonglah daku...
dengarlah rintihanku ini...
aku bersujud dalam doaku ini... moga aku dikurniakan yg terbaik utk jadikan aku insan yg terbaik....
aku wanita lemah
yang hanya bisa hidup dgn iman yg senipis kulit bawang cuma... akalku bgitu cetek shgga ujian yg diterima ku jadi seorang yg menyalahkan takdir... fikiran ku buntu tatkala aku tertimpa-timpa ujian... ku toleh ke arah kisah nabi...lahirnya sri kandi disebalik perjuangan Rasulullah..ku kagumi amat... Siti Khadijah, Aisyah...mana mungkin ku dpt lakukan sprti mrka..namun ku berharap... walau secebis sifat mereka,akan ku ikut jua sedaya mampu utk menjadikan iman yg tipis didadaku ini tebal...bisa mengharungi ujian dan mehnah dunia dgn bijaksana dgn menggunakan akal fikiran yg waras..bukan dgn mata hati yg membutakan...percaya akn takdir dan ketentuan Allah..Kita hanya mampu merancang..dan Tuhan yg menentukan segalanya...
sesungguhnya...
perjuanganku masih jauh beribu batu...
aku sekarang hanya di titik permulaan utk menjadi terbaik utk diriku,keluargaku,bakal pendampingku nanti(insyaAllah),agamaku,bangsaku...
tanpa semangat yg cekal,pasti diri ini kecundang di tengah jalan...
dari itu...
wahai bakal pemimpinku...
benar..wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki...
justeru,
ku berharap... agar diriku dilenturkan dgn selembut mungkin agar dgn rusuk yg sebilah ini.. dpt menjaga maruahmu kelak,hartamu nnti... pimpinlah aku dalam redha TuhanMu untuk mendapat Rahmat drNya...
aku tidak mengharap kedudukan pada pangkatmu didunia..
yg aku harapkan imanmu teguh dan kau teguh bersemangat dlm berjuang demi agamamu....
aku yakin kau pasti dpt menjadikan aku sebaik mungkin wanita solehah..amin....
Wednesday, July 27, 2011
pemilik blog
dugaan
Sunday, April 10, 2011
salam pertemuan kembali
perjalanan ku semakin matang lantaran kesibukan yg sentiasa menghambat... aku jd kuat u melayari kehidupan...aku tempuh duri dgn rasa bersyukur.... aku masih mampu tersenyum tatkala aku terduka dan terluka...krn aku masih igt bahawa senyuman itu sedekah yg x ternilai dan tidak perlu akn bayaran....kenapa perlu kedekut dgn secebis senyuman??? bkn u menggoda,tetapi menampakkan kt sentiasa tenang....
apa perlu bermasam muka dek krn masalah yg hanya secebis kuku....
Rasulullah lebih dasyat perjalanannya yg penuh liku,namun,masih lg mampu berjuang demi islam..
siapalah kt u menolak takdir Ilahi..kt hanya penumpang di alam ini... bersyukurlah setiap kurniaan Allah..
nak jd terbaik..baikilah diri dahulu..\
moga kita semua dlm perlindungan Nya sentiasa..
setakat ini dulu tintaku menari-nari...wasalam